Resolusi 2758 UNGA Tidak Boleh Diputarbelit

2021-10-30 14:19:38  CRI
Share with:

Beijing konsisten dengan pendirian prinsip satu China tidak boleh dicabar, manakala resolusi 2758 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) tidak boleh diputarbelitkan.

Demikian tegas menerusi jurucakap Kementerian Luar, Wang Wenbin dalam sidang media di Beijing pada Jumaat, sebagai reaksi terhadap dakwaan Amerika Syarikat (AS) bahawa China menyalahgunakan resolusi UNGA berkenaan.

Wang menjelaskan, lima puluh tahun lalu, sebelum UNGA menyemak draf resolusi dikemukakan Albania dan Algeria, ataupun dikenali sebagai Resolusi 2758, sesetengah negara termasuk AS membawakan usul yang dipanggil “balikan-Soalan Penting” atau reverse-Important Question dan “dwiperwakilan” untuk mengekalkan kerusi pihak berkuasa Taiwan di PBB.

Menurut usul pertama, sebarang cadangan untuk melucutkan perwakilan Taiwan di PBB memerlukan majoriti dua pertiga untuk diluluskan, dan yang kedua mengehendaki perwakilan Republik Rakyat China (PRC) diterima PBB sambil hak representasi Taiwan dikekalkan.

Akhirnya, usul “balikan-Soalan Penting” gagal diluluskan. Dengan penerimapakaian Resolusi 2758, PRC memulihkan sepenuhnya kerusi keanggotaan sah di PBB. Lantaran itu, usul "dwi perwakilan" langsung batal dan tak sah.

Berdasarkan fakta sejarah tersebut, jelas bahawa kerajaan PRC merupakan satu-satunya kerajaan sah yang mewakili seluruh negara ini dan Taiwan sebahagian wilayah China.

“Sistem, agensi dan Sekretariat PBB harus mematuhi prinsip satu China dan Resolusi 2758 UNGA apabila berurusan dengan hal ehwal berkaitan Taiwan.

“Prinsip tersebut sudah diiktiraf secara universal oleh masyarakat antarabangsa sejak setengah abad lalu,” ujarnya.

Tambah beliau, lima dekad lalu, cubaan sesetengah negara untuk menolak prinsip satu China dan menghalang kelulusan Resolusi 2758 telah sia-sia; pada hari ini, sesiapa yang cuba mencabar prinsip satu China dan resolusi UNGA berkenaan pasti akan mengalami kegagalan yang lebih besar.

董筱娉