Situasi Wabak Rumit, Mencabar: NHC

2021-10-31 14:12:49  CRI
Share with:

Situasi Wabak Rumit, Mencabar: NHC_fororder_mifeng

Setakat Jumaat, terdapat 14 provinsi di China merekodkan kes jangkitan atau pembawa asimptomatik wabak COVID-19 bagi tempoh 14 hari secara berturut-turut, menurut Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC).

Jurucakap NHC, Mi Feng dalam sidang media pada Sabtu berkata, situasi penularan wabak dalam negeri menjadi makin rumit, serius dan mencabar.

Beliau mengakui, peningkatan drastik di luar negeri turut memberi tekanan besar kepada China untuk mengendalikan kes import.

Susulan itu, pihak berkuasa akan terus meningkatkan usaha melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) di pintu sempadan negara bagi mengekang penularan wabak.

Menurut beliau, selain tindakan tegas yang terus diambil bagi mengawal penularan wabak dalam negeri, kempen imunisasi COVID-19 akan dimantapkan lagi.

董筱娉