Asal Usul COVID-19: Laporan ODNI Tiada Asas Saintifik

2021-10-31 15:30:20  CRI
Share with:

Laporan Pejabat Pengarah Perisik Negara (ODNI) Amerika Syarikat berhubung isu asal usul COVID-19 tiada asas saintifik dan tidak boleh dipercayai sama sekali, kata jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin.

Mengulas laporan ODNI versi diubah status yang disiarkan akhir-akhir ini, Wang menyifatkannya tetap satu laporan politik yang palsu, walau berapa banyak jenis versi diciptakan.

Menurut beliau, penglibatan badan perisik AS dalam usaha merungkai asal usul virus membuktikan dengan jelas amalan AS mempolitikkan isu tersebut.

Beliau menggesa AS menghentikan tindakan mengambinghitamkan negara lain, dan memberikan tumpuan kepada usaha menangani wabak dan kerjasama antarabangsa.

AS juga perlu memberikan respons terhadap keprihatinan masyarakat antarabangsa dengan membuka semula Makmal Biologi Fort Detrick dan menerima lawatan pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

张哲