Kehadiran Xi Suntikkan Kedinamikan bagi Pembangunan Global yang Inklusif dan Lestari

2021-11-01 11:58:28  CRI
Share with:

Kehadiran Presiden China, Xi Jinping dalam Sidang Kemuncak Ke-16 Kumpulan 20 (G20) secara maya pada 30 hingga 31 Oktober lalu, merupakan cerminan diplomasi China yang bertujuan menyempurnakan tadbir urus ekonomi global melalui penglibatan diri dalam kerjasama ekonomi antarabangsa secara mendalam.

Demikian dinyatakan Menteri Luar Wang Yi ketika memperkenalkan hasilan sidang kemuncak berkenaan.

Kata beliau, pada saat menemui persimpangan dalam perkembangan sejarah manusia dan menghadapi perubahan drastik yang belum pernah berlaku pada seabad lalu, Xi menegaskan peri pentingnya memperjuangkan matlamat membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan dengan merujuk kepada kewajipan G20, menunjukkan arah yang betul bagi membendung wabak COVID-19 berdasarkan solidariti masyarakat antarabangsa, dan mengemukakan langkah konkrit bagi membangkit semula ekonomi sedunia serta taktik menambahbaik tadbir urus global untuk jangka masa panjang, yang kesemuanya dilihat boleh membantu mencapai persepakatan meluas serta menyuntik kedinamikan bagi pembangunan global yang inklusif dan lestari.

Sempena Persidangan Ke-26 Pemeterai Konvensyen Kerangka Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC), Xi menyeru G20 agar menjunjung tinggi prinsip "bersama memikul tanggungjawab yang berlainan" dalam mendorong pelaksanaan Perjanjian Paris.

Wang Yi juga menegaskan, China sentiasa mempertahankan prinsip keterbukaan, keinklusifan, kerjasama dan menang-menang, mengamalkan multilateralisme yang benar, dan memperincikan kerjasama G20 supaya dapat memberikan sumbangan baharu dalam kempen global menangkis wabak, memulihkan ekonomi, menyempurnakan tadbir urus ekonomi, dan membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan.

高蕾