Wang Yi Temui Ketua Pengarah WTO

2021-11-01 15:04:32  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi telah menemui Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO), Ngozi Okonjo-Iweala kelmarin.

Dalam pertemuan tersebut, Wang Yi terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada Iweala yang merupakan Ketua Pengarah WTO yang pertama yang berasal dari Afrika. Ini menandakan peningkatan peranan negara-negara membangun di arena antarabangsa dan China pasti akan memberikan sokongan yang kuat.

Wang Yi berkata, Presiden China Xi Jinping dalam mesyuarat peringkat pertama Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20)  di Rom telah menekankan bahawa sistem perdagangan multilateral yang berteraskan WTO perlu dilindungi di samping mendorong persidangan peringkat menteri ke-12 WTO mencapai hasil yang memperangsangkan.

Tahun ini ulang tahun ke-20 keanggotaan China dalam WTO. Sebagai penyokong sistem perdagangan multilateral, China bersedia bersama-sama pelbagai pihak untuk melindungi kewibawaan dan keberkesanan WTO yang berperanan sebagai batu asas perdagangan global.

Iweala pula menyatakan keanggotaan China dalam WTO membawa makna besar. WTO mengambil berat pengaruh penting dan peranan peneraju dimainkan China. Oleh itu, WTO bersedia meningkatkan penyelarasan dengan China dan terus menanti-nantikan sokongan daripada China.

Ketika menyentuh tentang “layanan khas dan berbeza”, Wang Yi berkata, China sebagai negara membangun yang terbesar di dunia dan sentiasa tergolong dalam kumpulan negara-negara membangun dari segi politik, komited akan melindungi kepentingan bersama negara membangun. Pada waktu yang sama, China akan terus memikul tanggungjawab yang selaras dengan taraf pembangunan sendiri untuk memberi sumbangan yang lebih besar terhadap pembangunan bersama.

张宪