Sistem Perdagangan Multilateral Selaras dengan Kepentingan Semua Pihak

2021-11-02 13:13:32  CRI
Share with:

Sistem Perdagangan Multilateral Selaras dengan Kepentingan Semua Pihak_fororder_20211101193521868

Keanggotaan China dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) adalah peristiwa yang signifikan bagi globalisasi yang menggalakkan pembangunan ekonomi sejagat pada beberapa puluh tahun lepas.

Demikian dinyatakan Presiden Forum Ekonomi Dunia, Borge Brende baru-baru ini.

Kata beliau, ekonomi China berlainan ketara dengan 20 tahun yang lalu. Sebagai negara membangun, China telah berkembang menjadi entiti ekonomi yang lebih besar dan makmur, serta salah satu negara bertaraf tinggi dalam industrilisasi di dunia ini, terbukti dengan kedudukan teratasnya dalam bidang kren berkelajuan tinggi, tenaga bersih, kecerdasan buatan (AI), sains dan teknologi kewangan. Sementara itu, China juga sudah berkembang menjadi satu entiti ekonomi yang pelaburannya semakin banyak di seberang laut dan kebergantungannya pada perdagangan pun semakin tinggi, dan berfungsi sebagai komponen yang padu dalam ekonomi global.

Tambah beliau, Presiden Xi Jinping pula berulang kali menekankan bahawa sistem multilateral amat diperlukan di dunia ini. China yang aktif dalam perdagangan antarabangsa, sentiasa giat menubuhkan satu sistem seumpama itu, kerana ia selaras dengan kepentingan semua pihak.

高蕾