Tiga Cadangan Xi kepada COP26 Perubahan Iklim

2021-11-02 13:37:26  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping telah menyampaikan ucapan tertulis kepada  Persidangan Ke-26 Pihak-pihak Pemeterai Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC COP-26) yang diadakan di Glasgow, Britain semalam.

Xi menyatakan bahawa kaedah mengatasi perubahan iklim dan mendorong pemulihan ekonomi dunia merupakan masalah yang dihadapi kita semua pada masa ini. Beliau turut mengeluarkan tiga cadangan.

Xi berharap agar pelbagai pihak mengintensifkan kesalingpercayaan dan kerjasama berdasarkan persepakatan yang tercapai untuk memastikan persidangan kali ini berjalan dengan jayanya.

Pelbagai pihak diharap menunaikan janji, menggubal matlamat yang boleh dilaksanakan dan mendorong pelaksanaan langkah-langkah bagi menangani perubahan iklim menurut kemampuan negara masing-masing. Serentak itu, negara maju diharap memberikan sokongan kepada negara membangun.

Selain itu, hendaklah memacu inovasi sains dan teknologi bagi mendorong penaiktarafan penggunaan sumber tenaga, struktur industri dan strukur penggunaan, serta mendorong pembangunan hijau sosioekonomi.  

Xi menyatakan bahawa China telah menyiarkan dokumen panduan mengenai usaha memperjuangkan matlamat puncak pelepasan karbon dan neutral karbon serta pelan tindakan untuk mencapai matlamat puncak pelepasan karbon menjelang tahun 2030, dan masih akan mengeluarkan siri pelan tindakan yang terperinci yang melibatkan sejumlah sektor dan industri utama.

China berharap pelbagai pihak berdasarkan kerjasama yang padu, giat mengambil tindak yang kondusif menyahut cabaran daripada perubahan iklim, demi melindungi bumi, kampung halaman milik bersama umat mansuia.

曹捷