Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022, Beijing Siap Sedia

2021-11-02 12:14:34  CRI
Share with:

China sudah bersiap sedia untuk menganjurkan temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 dalam suasana yang jimat, selamat dan menakjubkan.

Demikian dinyatakan Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang akhbar semalam.

Baru-baru ini, banyak negara dan Suruhanjaya Sukan Olimpik telah menyampaikan sokongan dan harapan terhadap Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 yang akan berlangsung di Beijing. Sebahagian kedutaan besar di China pula mengadakan aktiviti yang berkaitan dengan tema itu.

Wang berkata, kerja persiapan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 telah memperoleh perhatian dan sokongan daripada masyarakat antarabangsa. Menurut “Deklarasi Sidang Kemuncak Rom” yang dicapai pemimpin G20, Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing melambangkan semangat perjuangan manusia, dan merupakan peluang penting bagi para atlet dari pelbagai negara beraksi di arena pertandingan.

Tegas beliau, China sudah bersiap sedia untuk menyajikan satu temasya sukan yang jimat, selamat dan menakjubkan kepada dunia.

张宪