Forum WLA Seru Kerjasama Sains Yang Terbuka

2021-11-02 12:13:57  CRI
Share with:

Dalam upacara perasmian Forum Persatuan Pemenang Hadiah Sains Sedunia (World Laureates Association--WLA) ke-4 anjuran bersama WLA dan Persatuan Sains dan Teknologi China (CAST) telah membuka tirai di bandar Shanghai, China semalam.

Seramai 131 orang pemenang hadiah WLA termasuk 68 orang pemenang Hadiah Nobel, puluhan ahli Akademi Sains China (CAS) dan Akademi Kejuruteraan China (CAE), 132 saintis belia yang terbaik dari pelbagai negara telah berhimpun dalam forum tersebut untuk membincangkan isu dan cabaran global secara terbuka.              

Presiden CAST, Wan Gang dalam Forum tersebut menyatakan kalangan sains dan teknologi China sentiasa berperanan sebagai penyokong kepada kerjasama global yang terbuka, peserta tadbir urus sains dan teknologi, penyumbang kepada inovasi dan pembangunan, dan sejak sekian lama komited kepada usaha mendorong interaksi pemikiran dan ilmu sains, merangsang inspirasi inovasi teknologi dan berganding bahu bersama kalangan sains dan teknologi antarabangsa untuk menghadapi cabaran besar dalam pembangunan sosial umat manusia.

Menurut Wan, China menyarankan kalangan sains dan tekonologi memegang konsep kerjasama “tanpa sempadan negara, tanpa halangan dan tanpa diskriminasi”, dan berpandukan inovasi yang inklusif melaksanakan “Agenda Pembangunan Berterusan 2030 PBB”, meningkatkan interaksi dan kerjasama dalam bidang sains, melakukan kerjasama yang terbuka serta mengambil tindakan yang pantas demi pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

张宪