Suasana Perniagaan HK Semakin Terpelihara

2021-11-02 14:55:34  CRI
Share with:

Sejak Undang-Undang Keselamatan Negara Melibatkan Hong Kong berkuatkuasa, suasana perniagaan tempatan kelihatan semakin terpelihara, dan potensi pembangunan pun menjadi semakin menonjol. Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin semalam.

Kata beliau, menurut laporan yang dikeluarkan Dewan Perniagaan Amerika Syarikat di Hong Kong, kadar perusahaan yang beroptimistik terhadap suasana perniagaan pada Januari 2021 meningkat ketara dibanding dengan Ogos 2020. Laporan dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pula mengiktiraf kedudukan wilayah itu sebagai hab kewangan antarabangsa. Dimaklumkan, pelaburan langsung asing (FDI) terhadap Hong Kong pada tahun lepas menduduki tempat ketiga dalam ranking dunia. Di samping itu, jumlah syarikat luar yang berpangkalan di Hong Kong mencapai 9,049 pada tahun 2021 termasuk 3,755 syarikat pemula, iaitu masing-masing mencatat rekod baharu.

Wang berkata, kerajaan pusat akan terus menyelaraskan peranan Hong Kong dalam senario pembangunan kebangsaan, dan menyambut kalangan industri dan perniagaan pelbagai negara merebut peluang mengembangkan sayap di Hong Kong demi kejayaan yang lebih cemerlang.

高蕾