Ujian Pembekalan Elektrik Untuk Landasan Kereta Api China-Laos Selesai

2021-11-02 14:53:01  CRI
Share with:

Tiga pencawang elektrik tarik yang terpasang pada seksyen Ganlanba-Mohan sepanjang Landasan Kereta Api China-Laos berjaya membekalkan tenaga elektrik kepada jaringan elektrik landasan (overhead lines), menandakan berakhirnya pembinaan, pemerikasaan dan penerimaan jaringan elektrik landasan serta peralatan berkenaan, dan mencipta syarat yang kondusif kepada pemeriksaan dan ujian yang akan dijalankan selanjutnya dalam keadaan yang bergerak.

Menurut Syarikat Kunming Bhd. China Railway, landasan kereta api sepanjang lebih 1,000 kilometer itu berfungsi menyambungkan bandar Kunming, provinsi Yunnan China dengan bandar Vientiane, Laos.

Dimaklumkan, apabila landasan kereta api itu beroperasi, sejarah tanpa perkhidmatan kereta api akan berakhir di bandar Pu'er dan Xishuangbanna, China, yang merupakan dua perhentian sepanjang perjalanan menyusul laluan Kunming-Vientiane yang hanya makan masa sehari sahaja.

高蕾