China Tandatangani Dokumen Penggunaan Kawasan Hutan dan Tanah

2021-11-03 14:14:38  CRI
Share with:

Langkah China yang menandatangani Perisytiharan Pemimpin Glasgow tentang penggunaan kawasan hutan dan tanah, telah menunjukkan komitmen dan sumbangan China untuk melindungi ekologi alam sekitar dan menangani perubahan iklim. Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata demikian dalam sidang media semalam.

Menurut laporan berkenaan, dalam Persidangan Ke-26 Pihak-pihak Pemeterai Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC COP-26) yang diadakan di Glasgow, Britain, lebih seratus buah negara termasuk China telah menandatangani dokumen tersebut.

Menurut Wang, walaupun sumber hutan sejagat kian hari kian berkurangan, kadar penutupan hutan China meningkat daripada 12% kepada 23.04%, sekali gus menjadikan negara ini mempunyai sumber hutan yang bertambah paling banyak di dunia, dan menyumbangkan satu perempat kawasan hijau yang baharu kepada dunia.

Wang menyatakan bahawa ketika menghadapi cabaran sejagat termasuk perubahan iklim dan terhakisnya biodiversiti, China bersedia bersama-sama dengan negara lain mengambil tindakan yang substantif untuk menyelesaikan masalah dan membina dunia yang mesra alam.

曹捷