Komitmen China dalam Puncak Pelepasan dan Neutral Karbon Signifikan

2021-11-03 14:05:50  CRI
Share with:

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menyifatkan komitmen China untuk mencapai wawasan kemuncak pelepasan karbon dioksida dan status neutral karbon membawa makna yang besar.

Dalam satu sidang media pada Selasa di Glasgow, Scotland sempena  Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2021 (COP26), beliau turut memuji China yang menghantar delegasi peringkat tinggi ke persidangan edisi kali ini dan mengambil bahagian secara aktif dalam perbincangan tadbir urus global mengenai krisis iklim.

Untuk rekod, China kini giat berusaha bagi mewujudkan sasaran kemuncak pelepasan karbon dioksida menjelang tahun 2030 dan neutral karbon menjelang tahun 2060, sekali gus mempamerkan komitmen yang signifikan terhadap perubahan iklim global.

覃淼