China Mahu Perkasa Perkongsian Strategi dengan Micronesia

2021-11-03 11:34:37  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus perutusan tahniah kepada rakan sejawatnya dari Micronesia, David W. Panuelo sempena sambutan ulang tahun ke-35 kemerdekaan Micronesia hari ini.

Menurut beliau, Micronesia merupakan antara rakan serta sahabat baik China di kawasan kepulauan Pasifik dan hubungan kedua-dua negara melakar hasil cemerlang sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 32 tahun lalu.

Tambah Xi, kedua-dua negara itu juga turut berganding bahu dalam melawan pandemik COVID-19, selain membuahkan kejayaan kerjasama melibatkan pelbagai sektor.

Tegasnya, China mengutamakan hubungan dengan Micronesia dan komited memperkukuh lagi perkongsian strategik kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi demi memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

覃淼