Tahniah Xi untuk Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik China-Peru

2021-11-03 13:52:06  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Republik Peru, Pedro Castillo mengutus kawat tahniah antara satu sama lain untuk merayakan ulang tahun ke-50 terjalinnya hubungan diplomatik bilateral semalam.

Xi menyatakan bahawa kedua-dua negara China dan Peru giat memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik, berturut-turut meningkatkan kerjasama substantif  dan merancakkan pertukaran lawatan sosiobudaya, sehingga sudah menjadi teladan bagi negara Amerika Latin lain berhubung kerjasama dan pembangunan bersama. Kedua-dua negara dikehendaki mengambil kesempatan ini meningkatkan penyelarasan dalam pelaksanaan strategi pembangunan, mendorong penaiktarafan kerjasama dalam pelbagai bidang dan menggalakkan Hubungan Rakan Strategik Komprehensif berkembang ke tahap lebih tinggi.

Castillo dalam kawat tahniahnya pula menyatakan bahawa pihaknya bersedia mengekalkan komunikasi yang erat dengan China, mendorong kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, pelancongan dan pendigitalan, bersama-sama memelihara amalan multilateralisme, dan berganding bahu melawan wabak COVID-19 demi pemulihan ekonomi.

曹捷