Kenang Kembali CIIE Tiga Edisi Lalu Melalui Ucaptama Xi

2021-11-04 16:29:25  CRI
Share with:

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-4 bakal dirasmikan di Shanghai hari ini.

Presiden China, Xi Jinping akan menyampaikan ucaptama menerusi video dalam upcara perasmian CIIE ke-4 seperti yang dilakukan beliau dalam tiga edisi lalu sejak 2018, untuk menerangkan pendirian dan saranan China bagi mendorong globalisasi ekonomi dunia yang terbuka.

Seterusnya marilah kita mengimbau kembali huraiannya tentang “ekonomi dunia yang terbuka”.

Kenang Kembali CIIE Tiga Edisi Lalu Melalui Ucaptama Xi_fororder_1123665163_15413994985221n

Dalam CIIE yang pertama pada 2018, Presiden Xi menyatakan masyarakat manusia perlu terus maju. Oleh itu, pelbagai negara perlu mengekalkan pintu terbuka, kerjasama dan amalan sama menang.

Ekonomi China bukan satu kolam yang kecil melainkan satu laut yang luas yang sudah biasa dengan ombak besar. Ingat saja, laut mustahil termusnah akibat ombak besar tatkala hujan ribut.

Pintu China tidak akan ditutup, sebaliknya akan kekal terbuka. China akan terus mendorong pintu terbuka menuju ke tahap yang lebih tinggi, mendorong pembinaan ekonomi dunia yang terbuka dan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Kenang Kembali CIIE Tiga Edisi Lalu Melalui Ucaptama Xi_fororder_1125194860_15729420207781n

Pada 5 November tahun 2019, Xi telah menghadiri majlis perasmian CIIE ke-2 di Shanghai dan menyampaikan ucapan.

Beliau menyatakan bahawa kita perlu mengambil sikap dan langkah yang lebih terbuka untuk menjana pasaran sejagat bersama-sama, di samping bersungguh-sungguh melaksanakan mekanisme berkongsi dan memperincikan kerjasama.

Xi menyarankan agar mengekalkan pembangunan secara terbuka, 'memegang tangan' dan bukan 'melepaskan tangan' ketika memilih sama ada bekerjasama atau tidak, menentang amalan perlindungan dan unilateralisme, mendorong penyempurnaan rantai nilai dan rantai bekalan sejagat, dan bersama-sama memupuk permintaaan pasaran.

Beliau mengalu-alukan negara lain meneroka pasaran China yang begitu raksasa.

Kenang Kembali CIIE Tiga Edisi Lalu Melalui Ucaptama Xi_fororder_1126698327_16044933856351n

Pada 4 Novemnber tahun 2020, Presiden Xi ketika menyampaikan ucapan melalui video dalam majlis perasmian CIIE ke-3 menyatakan bahawa wabak COVID-19 telah membawa tamparan serius kepada setiap negara, malah operasi ekonomi seluruh dunia. Dalam keadaan ini, China mengadakan ekspo import menurut jadual asalnya menunjukkan hasrat yang ikhlas mahu berkongsi peluang pasaran dengan negara lain dan mendorong pemulihan ekonomi dunia.

Kita semua patut mengekalkan konsep kerjasama dan menang-menang, mengutamakan kepentingan bersama-sama pelbagai negara dan mendorong globalisasi ekonomi berkembang ke arah yang lebih terbuka, inklusif, relevan dengan umum, seimbang dan sama menang. 

曹捷