Majlis Anugerah Sains dan Teknologi Negara tahun 2020 diadakan Beijing pada Rabu.
Dua ahli akademik iaitu Gu Songfen, 91, dan Wang Dazhong, 86, yang masing-masing merupakan pereka bentuk pesawat terkenal dan sarjana terkenal dalam bidang tenaga nuklear antarabangsa telah diangkat sebagai pemenang anugerah sains dan teknologi tertinggi kebangsaaan China.
Gu Songfen, yang juga merupakan pengasas reka bentuk aerodinamik pesawat China dan saintis strategi penerbangan, pernah mengetuai reka bentuk siri pesawat pejuang beraltitud dan berkelajuan tinggi J-8 dan J-8II, sekali gus membuka lembaran baharu bagi China dalam pembangunan pesawat pejuang secara bermandiri.
Selain itu, beliau secara konsisten menjalankan penyelidikan strategi penerbangan dan memberi sumbangan besar kepada sains dan teknologi penerbangan China.
Sementara itu, Wang Dazhong pula pernah mengetuai pasukan yang membangunkan teknologi reaktor penyejuk gas suhu tinggi China sehingga teknologi itu menjadi yang termaju di arena antarabangsa, dan meletakkan asas penting bagi China mendahului teknologi nuklear maju di dunia.
Untuk rekod, sejumlah 264 projek, 10 ahli saintis dan satu pertubuhan antarabangsa telah tersenarai dalam Anugerah Sains dan Teknologi Kebangsaan 2020. Antaranya, lapan pakar asing dan satu pertubuhan antarabangsa memenangi Anugerah Kerjasama Sains dan Teknologi Antarabangsa China.