Tangani Perubahan Iklim Perlukan Tindakan Konkrit

2021-11-04 14:53:53  CRI
Share with:

Usaha menghadapi perubahan iklim memerlukan tindakan konkrit dan bukan sekadar cakap kosong, kata Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin pada Rabu.

Beliau mengulas demikian ketika menjawab soalan wartawan berhubung kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden sewaktu  Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2021 (COP26)  baru-baru ini yang berbunyi isu perubahan iklim sejagat akan menjadi masalah sekiranya China bertindak untuk menarik diri.

Menurut Wang, China mengambil langkah serius untuk menangani perubahan iklim dan ia boleh dilihat menerusi penamabahan keluasan penanaman hutan dan kapasiti pemasangan fotovolta masing-masing sebanyak sekitar 12 ribu hektar dan 90 ribu kilowatt purata harian.

Pada masa ini, China memulakan pembinaan sekumpulan projek fotovoltaik kuasa angin berskala besar dengan kapasitinya mencatat kira-kira 30 juta kilowatt.

Tambah Wang, China dan AS pada asalnya berusaha bersama-sama untuk mencapai Perjanjian Paris, namun AS kemudiannya menarik diri daripada perjanjian itu dan sekali gus menjejaskan tadbir urus iklim sejagat dan pelaksanaan perjanjian secara komprehensif.

Walau bagaimanapun, beliau berkata bahawa setelah AS kembali ke perjanjian itu, China yang memegang sikap membina bersama-sama masyarakat antarabangsa masih mengalu-alukan kekembalian AS.

Justeru, Wang berharap agar AS dapat memikul tanggungjawab yang sewajarnya, mengemukakan dengan segera dan melaksanakan dengan bersungguh-sungguh langkah-langkah dan dasar mengurangkan jumlah pelepasan karbon, menunaikan janjinya dan berpendirian tetap.

徐国玮