Ketetapan China Seru Pelihara Hak Penggunaan Damai Semua Negara

2021-11-04 14:25:01  CRI
Share with:

Jawatankuasa Pertama Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke-76 semalam telah meluluskan draf ketetapan yang diserahkan China tentang menggalakkan penggunaan secara damai dan kerjasama dalam bidang keselamatan antarabangsa. Ini merupakan kali pertama bagi China menyerahkan draf ketetapan mengenai isu perlucutan senjata antarabangsa kepada PBB sehingga diluluskan dalam tempoh 30 tahun yang lalu.

Ketetapan itu menekankan bahawa setiap negara mempunyai hak yang tidak boleh dirampas untuk menjalankan pertukaran mengenai peralatan, bahan dan teknologi sains dengan tujuan kedamaian, manakala pelbagai negara dikehendaki menggalakkan kerjasama antarabangsa di bawah prasyarat mengambil tindakan kondusif memenuhi kewajipan untuk mengawal senjata pemusnah besar-besaran dan alat penghantarnya. Ketetapan itu menggesa bahawa mekanisme kawalan pengeksportan senjata pemusnah yang sedia ada dilaksanakan secara telus supaya tidak melakhirkan sekatan terhadap pembangunan lestari di kalangan negara membangun. 

曹捷