Rundingan Isu Nuklear Iran Disambung Semula pada 29 November

2021-11-04 14:25:43  CRI
Share with:

Timbalan Menteri Luar Iran yang juga perunding nuklear kanan, Ali Bagheri Kani mengumumkan semalam bahawa rundingan isu nuklear Iran di Vienna, ibu negara Autria akan disambung semula pada 29 November.

Ali Bagheri Kani dalam rencana yang disiarkan dalam media sosial berkata, dalam penghubungannya dengan Timbalan Ketua Setiausaha Jabatan Tindakan Luaran Kesatuan Eropah, Enrique Mora melalui telefon, kedua-dua mereka bersetuju menjalankan rundingan yang 'bertujuan membatalkan sekatan yang haram dan tidak berperikemanusiaan' di Vienna pada 29 November.

Pada hari yang sama, Jabatan Tindakan Luaran Kesatuan Eropah mengeluarkan kenyataan yang mengumumkan berita yang sama. Mesyuarat Jawatankuasa Bersama bagi Pelan Tindakan Komprehensif (JCPOA) mengenai isu nuklear Iran yang akan dipengerusikan Mora itu, akan menyaksikan penglibatan perwakilan dari China, Perancis, Jerman, Rusia, Britain dan Iran.

曹捷