Tahniah Xi kepada Forum Pengangkutan Kapal 2021

2021-11-04 13:08:30  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping telah mengutus kawat tahniah kepada Forum North-Bund 2021 mengenai perkapalan antarabangsa hari ini.

Xi menyatakan bahawa industri pengangkutan kapal adalah jaminan penting bagi pembangunan perdagangan antarabangsa dan juga ikatan penting bagi memastikan lawatan persahabatan antara rakyat pelbagai negara di dunia. Di sebalik penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia pada masa sekarang, industri perkapalan kelihatan memainkan peranan yang aktif dalam usaha melawan wabak, mendorong pemulihan perdagangan dan memelihara kestabilan rantai industri dan rantai bekalan.

China bersedia bersama-sama dengan negara lain mengatasi kesukaran, mengintensifkan kerjasama dalam urusan perkapalan antarabangsa dengan mengikuti trend pembangunan yang hijau, karbon rendah dan pintar, berusaha dengan sedapat mungkin memulihkan dan menjamin kelancaran rantai industri dan rantai bekalan sejagat, menggalakkan industri perkapalan berkembang dengan sihat sekali gus menyumbang kepada usaha pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Forum tersebut membuka tirainya di Shanghai hari ini, dengan temanya “terbuka dan inklusif, inovasi dan pembaharuan, kerjasama dan sama menang untuk menghadapi perkembangan dan penyusunan semula industri perkapalan antarabangsa pada masa depan.”

曹捷