Celik Sejarah, Pengarah Muzium Peru Sifatkan Xi sebagai Berkarisma

2021-11-05 15:58:44  CRI
Share with:

Pada tahun 2016, Xi Jinping mengunjungi pameran artifak budaya China di Lima, Peru ketika mengadakan lawatan rasminya di negara Amerika Selatan itu.Berbanding hanya melihat artifak tersebut, beliau sebaliknya memilih untuk memperkenalkan sejarah beberapa artifak kepada beberapa individu yang berada di situ.Salah seorang daripada individu bertuah tersebut ialah mantan Pengarah Muzium Sejarah Antropologi Arkeologi Peru, iaitu Ivan Solis.Menyentuh mengenai momen istimewa tersebut, beliau berkongsi pandangan terhadap Presiden Xi yang meninggalkan kesan mendalam kepadanya."Saya berasa sedang mendengar ucapan seorang ahli akademik sejarah dari Akademik Sains Sosial China kerana ketika beliau menyebut tamadun dan sejarah Peru, semua data dan bukti yang dipetik oleh beliau sangat tepat."Sukar dipercayai ucapan itu dari seorang pemimpin negara asing dan saya rasa presiden Xi sama dengan tokoh-tokoh yang berpengaruh dalam sejarah kerana pengetahuan, karisma dan tahap peri kemanusiaannya yang patut dikagumi semua orang," kata Ivan.

胡星