AS Didesak Berhenti Campuri Urusan Dalaman Negara Lain

2021-11-05 12:07:26  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) didesak berhenti bertudung 'demokrasi dan hak asasi manusia' mencampuri urusan dalaman negara lain, dan bersungguh-sungguh menghormati dan melindungi hak asasi manusia, khususnya hak asasi manusia milik negara-negara membangun supaya mencegah sebarang perbuatan yang mencabuli hak asasi manusia daripada berlaku secara berulang kali.

Demikian dinyatakan oleh Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin ketika mengulas dakwaan AS tentang kematian dan kecederaan rakyat Afghanistan akibat tindakan tentera AS dalam sidang akhbar semalam.

Menurut laporan berkenaan, pihak Tentera Udara AS mendakwa bahawa kejadian terbunuhnya 10 orang penduduk Afghanista dalam tindakan dron di Kabul pada Ogos lalu adalah satu kesilapan sahaja, dan dilihat tidak melanggar sebarang undang-undang termasuk undang-undang peperangan. Oleh itu, tiada sesiapa pun perlu bertanggungjawab terhadap kesilapan tersebut.

Wang berkata, hasil penyiasatan tersebut merupakan 'keputusan' yang kejam dan bengis terhadap lebih 32 juta rakyat Afghanistan yang sudah lama tersengsara akibat peperangan yang dicetuskan pihak AS.

Menurut Wang, terdapat lebih 800 ribu orang termasuk kira-kira 335 ribu rakyat jelata terbunuh dalam Perang Afghanistan yang dicetuskan pihak AS yang pernah berlangsung selama 20 tahun lebih.

Namun, AS  belum pernah menjalankan penyiasatan berkenaan dan tiada sebarang pihak mengumumkan bertanggungjawab terhadap malapetaka itu setakat kini. Inilah satu stigma yang tidak boleh dihapuskan dalam sejarah hak asasi manusia antarabangsa.

张宪