Wartawan Asing Disambut ke Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing

2021-11-06 14:47:45  CRI
Share with:

Badan media pelbagai negara sejak sekian lama dialu-alukan menumpukan perhatian dan membuat liputan terhadap Sukan Olimpik Musim Sejuk dan Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing yang dipersiapkan dan akan dikendalikan mengikut konsep 'terbuka'. Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin semalam.

Menurut Wang, setakat ini sudah terdapat lebih 2,500 wartawan menyerahkan permohonan kepada pihak penganjur temasya sukan ini.

Wang menekankan bahawa dengan prasyarat mentaati undang-undang dan peraturan berkenaan serta dasar pencegahan wabak COVID-19 di China, semua warga media asing yang terdaftar diizinkan membuat liputan terhadap Sukan Olimpik Musim Sejuk dan Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2022 di wilayah China. Pihak penganjur Beijing akan menjaga aktiviti liputan wartawan dijalankan dengan bebas mengikut perjanjian bandar tuan rumah dan dasar China yang berkaitan di samping menyediakan kemudahan dan bantuan kepada wartawan asing semasa mereka berada di China.

Serentak itu, China menentang tegas cubaan yang mempolitikkan sukan, menentang prasangka ideologi yang tajam terhadap China, menentang tindakan yang bertudung 'kebebasan akhbar' untuk memutarbelitkan dan memburukkan nama China serta reputasi temasya Olimpik dengan menyiarkan berita dan maklumat yang palsu.

曹捷