Temu Ramah Xi dengan Pemenang dan Calon Hadiah Teladan Moral

2021-11-06 14:27:22  CRI
Share with:

Temu Ramah Xi dengan Pemenang dan Calon Hadiah Teladan Moral_fororder_1128036489_16361272059431n

Presiden China, Xi Jinping telah bertemu ramah dengan pemenang dan calon Hadiah Teladan Moral Kebangsaan ke-8 dan mengucapkan tahniah kepada mereka di Dewan Rakyat Beijing pagi semalam.

Turut Hadir dan menyampaikan ucapan, Anggota Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Wang Huning.

Temu Ramah Xi dengan Pemenang dan Calon Hadiah Teladan Moral_fororder_1128036489_16361272059771n

Pada pukul 11 pagi semalam, sesi temu ramah antara pemimpin negara termasuk Presiden Xi dengan wakil pemenang dan calon Hadiah tersebut dimulakan di lobi utara Dewan Rakyat, kemudian disusuli sesi bergambar ramai-ramai.

Wang Huning berkata, Presiden Xi telah mengeluarkan siri penerangan yang penting tentang terus memupuk moral keinsanan terutama pada zaman baharu yang dianggap hala tuju dalam usaha berkenanan.

Seramai 68 orang dianugerahi gelaran kehormat Teladan Moral Kebangsaan ke-8, manakala 254 orang pula dianugerahi Hadiah Pencalonan Teladan Moral Kebangsaan ke-8.

Temu Ramah Xi dengan Pemenang dan Calon Hadiah Teladan Moral_fororder_1128036489_16361299977611n

曹捷