Xi Hubungi PM New Zealand

2021-11-06 15:24:15  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping telah menghubungi Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern menerusi telefon semalam.

Xi menyeru kedua-dua negara mengoptimumkan kelebihan yang saling melengkapi, memperluas kerjasama ekonomi dan perdagangan, dan memastikan kestabilan rantai industri dan pembekalan. China mengalu-alukan penglibatan New Zealand dalam pembangunan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), dan bersedia memperdalam kerjasama bilateral dalam penyelidikan dan pembangunan vaksin, pemeliharaan persekitaran, tenaga bersih, keselamatan makanan dan pendidikan sains dan teknologi, supaya rakyat kedua-dua negara berasa relevan dalam pembangunan masing-masing. Sementara itu, kedua-dua pihak diharap menyemarakkan semangat Rewi Alley, menggalakkan pertukaran golongan belia, dan mempertingkat persefahaman dan persahabatan antara satu sama lain. China dan New Zealand juga diseru memelihara dan mengamalkan multilateralisme yang benar dan mendorong integrasi ekonomi serantau.

Xi menambah, China menyokong New Zealand sebagai tuan rumah Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin APEC 2021, dan bersedia bersama dengan New Zealand mendorong pencapaian hasilan yang positif agar menyuntik kedinamikan baharu kepada usaha menangkis wabak COVID-19, mendorong pemulihan ekonomi, menggalakkan pembangunan dan kemakmuran serantau, dan membentuk komuniti berkongsi nasib Asia Pasifik.

Jacinda Ardern menegaskan pendirian New Zealand tentang "Satu China" dan memuji sumbangan China dalam menangani isu perubahan iklim dan pemeliharaan biodiversiti. Pihaknya akan berusaha memperincikan kempen perayaan ulang tahun ke-50 terjalinnya hubungan diplomatik pada tahun depan dan menanti-nantikan kejayaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing.

高蕾