Xi: Terus Kembangkan Demokrasi Rakyat Sepanjang Proses

2021-11-06 14:22:25  CRI
Share with:

Xi: Terus Kembangkan Demokrasi Rakyat Sepanjang Proses_fororder_1128036357_16361210067061n

5 November merupakan hari pengundian wakil Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) di peringkat daerah dan pekan di bandar Beijing.

Presiden China, Xi Jinping ketika mengundi di pos Huairentang, zon pengundian Zhongnanhai, daerah Xicheng, bandar Beijing menekankan bahawa pemilihan wakil rakyat adalah asas sistem NPC yang merupakan cerminan utama 'rakyat adalah tuan negara'. Oleh itu, pelbagai komponen demokrasi seperti pemilihan, perbincangan, pembuatan keputusan, pengurusan dan penyeliaan perlu dihubungkan dan dipadukan untuk terus mengembangkan demokrasi rakyat sepanjang proses. Sementara itu, penyeliaan dalam proses pemilihan pula perlu diintensifkan demi berbakti kepada mandat rakyat.

Sebanyak 13,448 buah pos pengundian yang tersedia di bandar Beijing, akan menyaksikan terpilihnya 4,898 orang wakil NPC peringkat daerah dan 11,137 orang wakil NPC peringkat pekan untuk tempoh perkhidmatan penggel baharu.

曹捷