Siap untuk CIIE Kelima Tahun Depan

2021-11-07 16:41:37  CRI
Share with:

Semasa berlangsungnya Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) keempat di Shanghai, ramai pempamer telah membuat pelan untuk menyertai pameran CIIE kelima tahun depan.  

Statistik terkini menunjukkan, ruang pameran seluas lebih 150,000 meter persegi akan ditawarkan kepada sektor korporat dalam CIIE Kelima.

Pada majlis penandatanganan yang diadakan pada Sabtu lalu,  50 syarikat dan pertubuhan telah menandatangani perjanjian untuk menyertai CIIE Kelima secara beramai-ramai.

Song Weiqun, naib presiden syarikat Johnson & Johnson berpendapat, CIIE telah membawa isyarat jelas bahawa China tidak berganjak dari usaha meningkatkan tahap keterbukaan ke arah yang bertaraf tinggi, di samping sudi berkongsi peluang pasaran dengan seluruh dunia. “Sebagai sebuah syarikat transnasional yang melabur di China dalam jangka masa yang panjang, kami penuh keyakinan. “ Katanya.

Difahamkan,  persiapan untuk CIIE Kelima sedang dijalankan secara menyeluruh, manakala pendaftaran untuk syarikat antarabangsa dilaksanakan dalam suasana yang rancak.

曹捷