Pencapaian Cemerlang PKC Kagumkan Dunia

2021-11-07 15:56:58  CRI
Share with:

Sidang Pleno ke-6 Jawatankuasa Pusat ke-19 Parti Komunis China (PKC) bakal membuka tirainya di Beijing esok dan dijangka akan menjadi tumpuan media dalam dan luar negara.

Pencapaian cemerlang PKC dan pengalaman sejarah yang ditimbanya dalam tempoh perjuangan selama 100 tahun lalu akan disimpulkan dalam sidang pleno ini, dengan tujuan menggariskan satu resolusi politik penting yang berorientasikan “mengambil iktibar dari sejarah, meneroka masa depan”.

Dalam perhimpunan sambutan Ulang Tahun ke-100 PKC sebelum ini, Presiden China Xi Jinping pernah menekankan bahawa PKC akan terus bersatupadu dan memimpin rakyat China terus berjuang demi kehidupan yang lebih baik.

Duta Besar Laos di China, Khamphao Ernthavanh berpendapat bahawa 'rakyat sentiasa diutamakan' merupakan manifesto PKC yang paling menonjol, dan juga “rahsia” bagi PKC yang dapat kekal dinamik walaupun sudah mengalami 100 tahun.

Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan pula menunjukkan pembangunan pesat China tidak boleh dipisahkan dengan sistem pemerintahan PKC. Jalan pembangunan negara sosialis yang bercirikan China dan mekanisme pembaharuan di bawah pimpinan PKC merupakan jaminan bagi pembangunan China.

Duta Besar Portugal di China, Jose Augusto Duarte menyatakan bahawa PKC telah menunjukkan keupayaannya yang selalu melakukan pembaharuan, mengemaskini mengikut arus zaman dunia dan bertalu-talu menyahut cabaran. Kesemua ini ialah kunci PKC untuk mencapai kejayaan.

张宪