Dua Jam, Biji Tusam Afghanistan Habis Dijual di China

2021-11-07 14:51:36  CRI
Share with:

Dua Jam, Biji Tusam Afghanistan Habis Dijual di China_fororder_1

Pada sebelah malam Sabtu, wartawan Kumpulan Media China (CMG), Wang Bingbing bersama dengan Li Jiaqi,hos Taobao, platform penjualan dalam talian China telah memperkenalkan dan mempromosi 23 jenis produk yang berprestij daripada negara Asia dan Afrika termasuk Malaysia, Thailand, Jepun dan Afghanitan secara penstriman di Shanghai.Biji tusam daripada Afghanistan menjadi antara produk yang paling disukai pengguna China, terbukti dengan jualan 26 tan yang cepat habis dalam masa dua jam sahaja.

'Pesta Barangan Bagus Asia dan Afrika 2021' anjuran Pusat Asia-Afrika Kumpulan Media China (CMG) dilancarkan sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-4 yang sedang diadakan di Shanghai. Setakat pukul 12 malam tadi, lebih 42 juta orang telah mengikuti aktiviti penstriman yang berlangsung selama tiga jam itu, sedangkan jumlah penjualan melebihi RMB60 juta (RM39 juta).

Dua Jam, Biji Tusam Afghanistan Habis Dijual di China_fororder_2

Biji tusam adalah produk eksport yang penting bagi Afghanistan dan juga merupakan antara sumber pendapatan dan kewangan bagi para petani dan kerajaan daerah di negara itu.Pada 1 November, biji tusam seberat 45 tan sebagai kumpulan pertama daripada Afghanistan pada tahun 2021 telah diangkut ke China. Ini merupakan pengeksportan barangan Afghanistan pertama ke China sejak situasi politik negara itu mengalami perubahan terbalik pada 15 Ogos lalu.Pengeksportan ini amat signifikan bagi negara itu kerana krisis kemanusiaan domestiknya bertambah serius pada masa ini.

曹捷