China Siap Sambut Penguatkuasaan RCEP

2021-11-07 16:42:41  CRI
Share with:

Sekretariat ASEAN sebagai badan petugas Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) mengumumkan, enam negara anggota ASEAN, iaitu  Brunei, Kemboja, Laos, Singapura, Thailand dan Vietnam serta empat negara bukan anggota ASEAN termasuk China, Jepun, New Zealand dan Australia telah menyerahkan surat ratifikasi kepada Setiausaha Agung ASEAN, menandakan tercapainya syarat  berkuatkuasa perjanjian itu.  Maka,  RCEP akan dikuatkuasakan di 10 negara tersebut bermula 1 Januari, tahun 2022.

Sehubungan dengan itu, pegawai Kementerian Perdagangan China menyatakan, China akan giat memperkasakan pengeksportan produk yang berprestij, di samping meningkatkan tahap pengimportan mengenai teknologi canggih, kelengkapan penting, komponen kekunci dan lain-lain. Pada masa yang sama, negara ini akan terus meningkatkan tahap keterbukaan dalam industri perkhidmatan dan memudahkan pelaburan bebas supaya dapat mendorong penyelarasan antara pasaran domestik dengan rantai industri pelbagai anggota RCEP yang boleh saling melengkapi.

曹捷