Jualan Laris dalam 'Pesta Barangan Bagus Asia dan Afrika'

2021-11-07 15:29:04  CRI
Share with:

'Pesta Barangan Bagus Asia dan Afrika 2021' yang dirancangkan dan dilaksanakan bersama Pusat Asia-Afrika Kumpulan Media China (CMG) dengan sejumlah agensi dari beberapa negara Asia dan Afrika termasuk Malaysia,Jepun, Korea Selatan, dan Thailand telah berakhir pagi tadi. Wartawan CMG yang jelita, Wang Bingbing bersama dengan Li Jiaqi, hos Taobao, platform penjualan dalam talian China memperkenalkan dan mempromosi produk yang berprestij daripada negara Asia dan Afrika secara penstriman. Aktiviti itu telah menarik penonton kira-kira lebih 42 juta orang.

Beberapa hos yang berbahasa Jepun, Pashto dan Melayu dari Pusat Asia-Afrika CMG juga menyertai penstriman itu untuk berkongsi cerita yang berkaitan dengan kebudayaan eksotik dengan para penonton.

Aktiviti penstriman tersebut berlangsung selama tiga jam. Setakat ini,  jumlah barangan dalam transaksi mencecah 399,579 buah, sedangkan nilai jualan keseluruhan mencatat RMB61.68 juta (RM40 juta). 

曹捷