Rizab Pertukaran Mata Wang Asing China Catat USD3.22 Trilion

2021-11-08 13:58:51  CRI
Share with:

Data terkini dari Jabatan Pentadbiran Pertukaran Mata Wang Asing Negara  (SAFE) China menunjukkan, setakat penghujung bulan Oktober lalu, rizab mata wang asing China mencatat USD3.22 trilion (RM13.36 trilion), meningkat 0.53 peratus, iaitu USD 17 bilion( RM70.58 bilion) berbanding penghujung September.  

Naib Ketua Pengarah yang juga jurucakap SAFE, Wang Chunying berkata, pasaran mata wang asing China kekal stabil pada bulan Oktober dengan urus niaga rentas sempadan yang rasional dan teratur.

Menurutnya, walaupun ekonomi global menghadapi cabaran besar sepanjang proses pemulihan, pasaran kewangan antarabangsa pula menghadapi banyak unsur yang tidak menentu akibat penularan pandemik COVID-19,  namun pertumbuhan ekonomi China dianggap baik dan konsisten untuk suatu jangka masa yang panjang, yang dilihat berfaedah bagi menjamin kestabilan skala rizab pertukaran mata wang asing di negara ini.

胡星