“Reben Ais”, Simbolik Kelajuan

2021-11-08 15:27:47  CRI
Share with:

“Reben Ais”, Simbolik Kelajuan_fororder_si1

Gelanggang Luncur Laju Kebangsaan, lebih dikenali sebagai "Reben Ais", antara venue utama Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 dan satu-satunya tempat perlumbaan sukan ais yang baru dibina.

“Reben Ais”, Simbolik Kelajuan_fororder_si12

Reka bentuk kreatif oval itu adalah simbolik kepada kelajuan serta keghairahan yang dibawa oleh acara luncur laju.

Dengan lantai ais seluas 12,000 meter persegi, fasiliti tersebut merupakan yang terbesar di Asia.

“Reben Ais”, Simbolik Kelajuan_fororder_si14

Untuk memastikan venue digunakan secara berterusan pasca Olimpik, ia direka dengan kapasiti pengunjung seramai lebih 2,000 orang untuk melakukan pelbagai jenis acara sukan ais pada satu-satu masa.

"Reben Ais" juga merupakan fasiliti sukan Olimpik musim sejuk pertama di dunia yang menghasilkan ais menggunakan teknologi penyejukan karbon dioksida, iaitu teknologi seumpama yang paling canggih dan mesra alam buat masa ini.

Difahamkan, ia mempunyai kadar pelepasan karbon yang hampir sifar dengan taraf kecekapan yang sangat tinggi dalam menghasilkan ais.

“Reben Ais”, Simbolik Kelajuan_fororder_si13

周乔西