Pesta Beli-belah Asia-Afrika Rekod Jualan Menggalakkan

2021-11-08 15:02:31  CRI
Share with:

Pesta Beli-belah Asia-Afrika Rekod Jualan Menggalakkan_fororder_202111081159f11412

Pesta Beli-belah Asia-Afrika 2021 yang berlangsung sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) keempat mempamerkan prestasi cemerlang apabila jumlah jualan untuk satu malam sahaja berjaya mencecah RMB61 juta (RM40 juta).

Aktiviti anjuran Kumpulan Media China (CMG) itu diadakan pada malam Sabtu menerusi penstriman langsung di beberapa aplikasi dalam talian, antaranya platform beli-belah terkemuka China, Taobao.

Pada malam itu, sebanyak 23 jenis barangan istimewa yang unggul dari negara Asia dan Afrika dipromosikan kepada pengguna China, termasuk kopi Malaysia, kacang pain Afghanistan dan kosmetik Jepun.

Pesta Beli-belah Asia-Afrika Rekod Jualan Menggalakkan_fororder_202111081159f1141

Sepanjang berlangsungnya aktiviti itu, ia ditonton oleh lebih 40 juta orang selain turut menjayakan jualan hampir 400 ribu barangan dalam tempoh tiga jam sahaja.

Pesta beli-belah tersebut turut mendapat penghargaan tinggi daripada diplomat asing pelbagai negara yang berharap agar ia dapat membantu barangan negara masing-masing menembusi pasaran China.

Pesta Beli-belah Asia-Afrika Rekod Jualan Menggalakkan_fororder_202111081159f11413

Duta Besar Jepun ke China, Tarumi Hideo berkata, susulan pergerakan orang ramai yang terhad akibat pandemik COVID-19 ketika ini, beliau berharap acara itu dapat mempromosi barangan Jepun yang bermutu lagi murah kepada pengguna China.

Menurutnya, ia juga boleh memberi peluang untuk merapatkan lagi ikatan antara kedua-dua negara yang akan menyambut jubli emas pemulihan hubungan diplomatik pada tahun depan.

Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Kedutaan Besar Malaysia di China, See Chee Kong berpendapat bahawa kehadiran syarikat dan barangan Malaysia dalam CIIE dapat membantu masyarakat China lebih mengenali Malaysia, sekali gus merapatkan lagi hubungan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara.

张哲