Hong Kong Sambung Semula Acara Kira Detik Tahun Baharu

2021-11-08 14:00:55  CRI
Share with:

Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB) mengumumkan Ahad lalu,  "Konsert Kira Detik Tahun Baharu HK" akan diadakan di Taman Seni Daerah Kebudayaan Kowloon Barat yang terletak di Semenanjung Kowloon pada 31 Disember nanti.

Ini merupakan kali pertama HKTB menyambung semula acara kira detik tahun baharu secara fizikal selepas tahun 2018.

Difahamkan, sebilangan penyanyi dan band yang disambut baik golongan muda bersama-sama dengan Orkestra Filharmonik HK akan membuat persembahkan dalam konsert itu.

Pada masa itu, jam pada dinding luar bangunan Muzium M+ yang baharu dibuka akan dinyalakan membolehkan semua penonton mengira detik bersama bagi menyambut ketibaan tahun 2022.

Dalam pada itu, konsert itu juga akan disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen dan Internet bagi memaparkan suasana meriah HK kepada seluruh dunia.

胡星