Wang Yaping, Wanita Pertama China Berjalan di Angkasa

2021-11-09 12:29:12  CRI
Share with:

Wang Yaping, Wanita Pertama China Berjalan di Angkasa_fororder_wan5

Wang Yaping menjadi angkasawan wanita pertama China yang berjaya berjalan di angkasa, menurut Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSA).

Wang Yaping, Wanita Pertama China Berjalan di Angkasa_fororder_wang2

Pada Isnin, Wang dan rakan sepasukannya, Zhai Zhigang berjaya menyelesaikan aktiviti luar kenderaan (EVA) selama enam jam setengah sebelum pulang semula ke modul teras stesen angkasa Tianhe.

Wang Yaping, Wanita Pertama China Berjalan di Angkasa_fororder_wang

“Ini adalah aktiviti EVA kali ketiga kru Shengzhou-13 dan juga yang pertama dalam sejarah angkasa lepas China membabitkan penyertaan seorang angkasawan wanita,” kata CMSA.

Wang Yaping, Wanita Pertama China Berjalan di Angkasa_fororder_wang4

Tepat pukul 6.51 petang Ahad, angkasawan Zhai Zhigang berjaya membuka pintu dan keluar dari kabin modul teras Tianhe.

Untuk rekod, ia merupakan kali keduanya melakukan EVA selepas 13 tahun.

Pada pukul 8.28 malam itu, Wang dilihat melangkah keluar dari modul teras Tianhe untuk membantu Zhai memasang peranti berkenaan di luar stesen.

 

周乔西