Perkukuh Kerjasama Perdagangan Multilateral: APEC

2021-11-09 11:24:47  CRI
Share with:

Mesyuarat Menteri-menteri Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) yang diadakan secara maya memfokuskan kepada kaedah mempercepatkan pemulihan ekonomi serantau melalui dasar perdagangan yang inovatif dan kerjasama multilateral.

Mesyuarat yang dirasmikan di New Zealand pada hari ini waktu tempatan dijadualkan berlangsung selama dua hari.

Sekretariat ASEAN, Majlis Kerjasama Ekonomi Pasifik dan Sekretariat Forum Kepulauan Pasifik akan mengambil bahagian dalam mesyuarat tersebut selaku pemerhati untuk berkongsi dasar dan cadangan.

Sementara itu, mesyuarat itu juga akan menyingkap kembali kemajuan yang dicapai APEC pada 2021 dan mencapai kata sepakat mengenai dasar utama untuk meletakkan asas bagi sidang kemuncak APEC seterusnya.

覃淼