CIIE Disambut Baik Syarikat Jepun

2021-11-09 15:00:35  CRI
Share with:

CIIE Disambut Baik Syarikat Jepun_fororder_c145811920211f1

Syarikat Jepun yang aktif menyertai Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) keempat di Shanghai ketika ini melihat acara itu sebagai wadah penting untuk menembusi pasaran China.

Dengan ruang pamerannya seluas 2,900 meter persegi, produk yang dipamerkan syarikat Jepun dalam CIIE kali ini boleh dikategorikan kepada tiga jenis utama, iaitu barang pengguna, makanan dan alat perubatan.

CIIE Disambut Baik Syarikat Jepun_fororder_c145811920211f12

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Shiseido China, Fujiwara Kentaro, beliau melihat penganjuran CIIE sebagai langkah China untuk berkongsi hasil kerjasama dengan seluruh dunia.

Jelasnya, ia juga memperlihatkan komitmen China untuk memperluas keterbukaan, sekali gus menambah keyakinan syarikat asing untuk meneroka peluang perniagaan di negara ini.

CIIE Disambut Baik Syarikat Jepun_fororder_c145811920211f13

Sementara itu,  Naib Presiden Eksekutif Perbadanan Panasonic, Homma Tetsuro berpandangan bahawa CIIE dapat membantu syarikat asing mengetahui perkembangan terkini pasaran China, selain turut menyediakan saluran untuk berkomunikasi dengan kerajaan, perusahaan dan pengguna tempatan.

张哲