Teknologi Canggih, Tumpuan Pameran Auto CIIE

2021-11-10 14:16:52  CRI
Share with:

Teknologi Canggih, Tumpuan Pameran Auto CIIE_fororder_qiche2

Automobil berteknologi canggih yang dipertontonkan dalam Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-4 di Shanghai telah mencuri perhatian ramai.

Di zon pameran automobil, para peserta diberi peluang mendekati teknologi terkini dalam pembuatan kenderaan, seperti karbon rendah dan kecerdasan buatan (AI).

Teknologi Canggih, Tumpuan Pameran Auto CIIE_fororder_qiche4

Sebuah kenderaan pengangkut pintar gergasi tanpa pemandu berkuasa hidrogen yang dilengkapi beberapa tangki simpanan hidrogen menjadi tumpuan.

Teknologi Canggih, Tumpuan Pameran Auto CIIE_fororder_qiche3

Difahamkan, ia mampu bergerak sejauh lebih 1,000 kilometer selepas diisi dengan hidrogen pada satu-satu masa selain hanya melepaskan air bersih sepanjang pergerakannya, sekali gus merealisasikan pelepasan sifar karbon.

Teknologi Canggih, Tumpuan Pameran Auto CIIE_fororder_qiche

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Ford Motor (China) Co. Ltd., Chen Anning memberitahu pihaknya menyasar untuk mencapai puncak karbon dan neutral karbon, sama seperti matlamat ditetapkan kerajaan China.

Untuk itu, Ford aktif terlibat dalam pembangunan kereta elektrik di pasaran China.

Pada masa sama, syarikat itu juga merancang memperuntukkan dana sejumlah USD30 bilion (RM124.8 bilion) dalam sektor berkenaan di seluruh dunia menjelang 2025.

周乔西