"Demokrasi dan Hak Asasi Manusia": Sifat Hipokrit AS Terserlah

2021-11-10 15:05:39  CRI
Share with:

Penggunaan istilah demokrasi dan hak asasi manusia yang sering dilaungkan Amerika Syarikat (AS) sudah tamat tempohnya. "Demokrasi AS”sudah bankrap.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata demikian dalam sesi taklimat selasa lalu sebagai reaksi terhadap kutukan pemimpin AS terhadap status hak asasi manusia dan demokrasi di beberapa negara dan kawasan termasuk Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Hong Kong(HK) baru-baru ini.

Wang Wenbin berkata, China menzahirkan bantahan keras terhadap AS yang mencemar imej, mengacau perundangan dan menjejaskan pembangunan HK dengan bertopengkan hak asasi manusia dan demokrasi.

"Urusan HK merupakan hal ehwal dalaman China dan tidak boleh dicampur tangan kuasa luar," katanya.

Menurut Wang, setelah Undang-undang Keselamatan Negara melibatkan Hong Kong dikuatkuasakan, "keganasan dan kekerasan" hampir dihapuskan di wilayah itu. Keamanan masyarakat dan kehidupan normal penduduk dipulihkan dan pelbagai hak yang sah penduduk HK dan warga asing yang tinggal di wilayah itu terjamin dengan sebenar.

"Tetapi AS menyifatkan jenayah ganas yang membahayakan penduduk dan merosakkan kemudahan awam sebagai  'panorama yang indah'. Sebaliknya, menuduh langkah kerajaan HK melindungi hak rakyat dan ketenteraman awam sebagai 'pencabulan' hak asasi manusia dan kebebasan.

"Ini memperlihatkan lagi apa itu “dwistandard AS”serta hipokrasi “hak asasi manusia” dan “demokrasi” yang diheboh-hebohkan AS,"kata Wang.

徐国玮