China Raih Juara GTOC 11

2021-11-10 14:32:26  CRI
Share with:

China Raih Juara GTOC 11_fororder_20211109183704365

Pasukan kumpulan pengajian dinamik dan kawalan aeroangkasa Sekolah Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Tsinghua China memenangi kejuaraan dengan kelebihan mutlak 8443 jumlah mata dalam Pertandingan Pengoptimuman Trajektori Global ke-11 (GTOC 11) yang berakhir pada hari Ahad.

Pasukan Tsinghua mencapai kejayaan itu setelah mengalahkan banyak pasukan kuat dari Eropah dan AS dalam pertandingan selama 28 hari.

Pasukan Tsinghua yang menyertai pertandingan ini terdiri daripada anggota Makmal Astrodinamik dan Institut 509 Akademi Kejuruteraan Aeroangkasa Kelapan yang diketuai oleh Profesor Baoyin dan Profesor Madya Jiang Fanghua dari Sekolah Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Tsinghua.

China Raih Juara GTOC 11_fororder_20211109183704466

Pasukan ini menyediakan"Pelan Tsinghua" yang menarik setelah menjalankan saringan terhadap lebih 80,000 asteroid, mewujudkan rantaian bintang, serta mengoptimumkan rancangan penjelajahan ke asteroid.

GTOC yang dikenali sebagai "Pertandingan Olimpik" dalam bidang aeroangkasa merupakan pertandingan antarabangsa peringkat tinggi dan profesional yang dilancarkan Agensi Angkasa Eropah(ESA) pada tahun 2005. Pertandingan ini diadakan sekali dalam tempoh satu hingga dua tahun.

GTOC 11 tahun ini bertemakan penerokaan dan penggunaan sumber angkasa. Pasukan yang mengambil bahagian dikehendaki mereka bentuk orbit kapal angkasa lepas, dengan sebanyak kemungkinan untuk mengesan dan menangkap asteroid dalam sistem suria, dan membina loji janakuasa ruang angkasa lepas yang berbentuk cincin , iaitu "Cincin Dyson" demi mewujdukan kecekapan penggunaan sumber maksimum.

覃淼