Shanghai Tersenanai Antara Sepuluh Tapak Timbang Tara Antarabangsa Terpopular

2021-11-10 15:28:08  CRI
Share with:

Shanghai Tersenanai Antara Sepuluh Tapak Timbang Tara Antarabangsa Terpopular_fororder_上海1

Shanghai Tersenanai Antara Sepuluh Tapak Timbang Tara Antarabangsa Terpopular_fororder_上海2

Laporan Penyiasatan Timbang Tara Antarabangsa 2021 menunjukkan, Shanghai buat kali pertama menduduki ranking kelapan dalam sepuluh tapak timbang tara antarabangsa paling popular di dunia.

Laporan itu diumumkan pada majlis perasmian Forum Sidang Kemuncak Timbang Tara Antarabangsa Shanghai ke-3 dan Minggu Timbang Tara Shanghai 2021 yang diadakan pada Isnin lalu.

Presiden Persatuan Timbang Tara Shanghai, Yu Weifeng menyatakan, mahkamah timbang tara merupakan pihak ketiga yang dipilih oleh kedua-dua pihak yang terlibat dalam tuntutan, maka perlu mempunyai kredibiliti yang tinggi di arena antarabangsa.

Jumlah urusan timbang tara menyaksikan peningkatan di Shanghai sejak tahun 2019. Sebanyak 16.4 ribu kes telah dikendalikan oleh mahkamah berkenaan di Shanghai dalam tempoh dua tahun setengah.

胡星