Perkampungan Olimpik di Beijing Mulakan Operasi

2021-11-10 13:19:14  CRI
Share with:

Perkampungan Olimpik di Beijing Mulakan Operasi_fororder_1110b

Perkampungan Olimpik di Beijing Mulakan Operasi_fororder_1110a

Perkampungan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing memulakan operasi selepas selesainya ujian pelbagai kelengkapan dan perkhidmatan bekalan tenaga, pada Selasa.

Terletak berhampiran Stadium Negara China atau lebih dikenali “Sarang Burung”, Perkampungan Olimpik itu mempunyai 20 bangunan pangsapuri, yang dilengkapi fasiliti tanpa halangan untuk memudahkan atlet Orang Kurang Upaya (OKU).

Perkampungan tersebut juga mengaplikasikan teknologi tenaga ultra rendah bagi merealisasikan penggunaan tenaga boleh baharu.

Projek ikoniknya, poliklinik yang diberi gelaran “bangunan paling jimat tenaga” mampu mencatat pengurangan pelepasan karbon dioksida sebanyak 42.4 tan setahun.

Difahamkan, perkampungan berkenaan dijadual dibuka kepada atlet pada 27 Januari 2022.

Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk bakal diadakan di tiga lokasi pertandingan iaitu Beijing, Yanqing dan Zhangjiakou, yang masing-masing memiliki Perkampungan Olimpik.

董筱娉