China Ucap Tahniah kepada Fumio Kishida

2021-11-11 15:20:16  CRI
Share with:

China mengucapkan tahniah kepada Fumio Kishida, presiden parti Liberal Demokrat Jepun (LDP) yang memenangi penggal keduanya sebagai Perdana Menteri Jepun.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang media Rabu lalu.

Wang berkata, hubungan persahabatan dan semangat kejiranan yang baik antara China dengan Jepun selaras dengan kepentingan asas rakyat kedua-dua negara, dan juga keamanan, kestabilan dan kemakmuran rantau Asia, malah sedunia.

"Jepun diharapkan bertindak sehaluan dengan China, meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang, mengawal perselisihan dengan baik dan bersama-sama menggalakkan perkembangan hubungan China-Jepun yang selari dengan arah aliran zaman baharu,”kata Wang. 

胡星