CIIE-4 Buahkan Hasil Menggalakkan

2021-11-11 16:09:28  CRI
Share with:

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-4 yang berlangsung selama enam hari melabuhkan tirainya di Shanghai Rabu lalu setelah mencapai hasil yang menggalakkan.

Ekspo kali ini menarik penyertaan kira-kira 3,000 firma dari 127 negara dan wilayah dengan jumlah transaksi yang disengajakan mencatat USD70.72 bilion(RM 294.12 bilion). Selain itu, banyak produk baharu di Asia malah di dunia buat kali pertama dilancarkan dalam ekspo edisi ini.  

Istilah "Pelancaran Pertama" dan "Pameran Pertama" di Asia dan dunia mencuri perhatian dalam ekspo tersebut. Lebih 100 produk baharu, teknologi canggih dan perkhidmatan inovasi dari 62 syarikat dilancarkan, termasuk lebih 50 produk baharu yang buat kali pertama dilancarkan di dunia dan kira-kira 40 produk yang buat kali pertama dilancarkan di Asia dan China. Banyak produk dikeluarkan mengikut permintaan pasaran China.

Sebanyak 281 firma yang tersenarai dalam Fortune Global 500 dan syarikat yang terunggul dalam sektor berkenaan menyertai ekspo kali ini. Antaranya syarikat yang buat kali pertama menyertai CIIE sebanyak kira-kira 40 buah dan syarikat yang telah menyertai CIIE empat kali secara berturut-turut melebihi 120 buah.

Kerja penerimaan firma untuk CIIE ke-5 telah dimulakan. Setakat ini, ruang pameran yang ditempah oleh firma-firma berkenaan telah melebihi 150 ribu meter persegi dan lebih banyak berbanding dengan CIIE edisi ini. Pihak penganjur mengalu-alukan lebih banyak firma menyertai CIIE ke-5.

徐国玮