Bekerjasama bagi Pembangunan Pendidikan Kanak-kanak Perempuan dan Kaum Wanita

2021-11-11 10:49:13  CRI
Share with:

Bekerjasama bagi Pembangunan Pendidikan Kanak-kanak Perempuan dan Kaum Wanita_fororder_peng

Peng Liyuan, isteri Presiden China Xi Jinping, menyeru usaha bersama masyarakat antarabangsa untuk membangunkan pendidikan kanak-kanak perempuan dan kaum wanita dalam temu bual eksklusif bertulis dengan Kurier UNESCO baru-baru ini.

Peng, utusan khas Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk kemajuan pendidikan kanak-kanak perempuan dan wanita, berkata pembasmian kemiskinan dan merealisasikan kesaksamaan gender adalah cita-cita yang dikongsi oleh semua manusia, dan aspirasi bersama kaum wanita di seluruh dunia.

"Dengan usaha gigih, China berjaya mencapai matlamat untuk menghapuskan kemiskinan mutlak. Pembangunan pendidikan adalah langkah sangat penting dalam usaha tersebut," kata Peng.

Peng menyeru pelbagai pihak bekerjasama untuk membangunkan pendidikan kanak-kanak perempuan dan wanita, bagi memastikan lebih ramai daripada mereka menerima pendidikan yang sempurna.

"Ini akan menyumbang kepada pencapaian agenda PBB 2030 mengenai Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs)," tambah beliau.

Pada 2015, China dan UNESCO bersama-sama menubuhkan hadiah pendidikan kanak-kanak perempuan dan kaum wanita.

Peng berkata China akan terus bekerjasama dengan UNESCO untuk menjayakan fasa kedua kerjasama bagi hadiah itu.

"Sebagai utusan khas UNESCO untuk memajukan pendidikan kanak-kanak perempuan dan kaum wanita, saya bersedia untuk memenuhi komitmen saya dan berganding bahu dengan anda semua untuk memastikan lebih ramai kanak-kanak dan adik-beradik perempuan mengalami perendahan, meningkatkan keyakinan diri dan meneguhkan diri ," kata Peng. 

覃淼