Subahat dengan Pemisah Taiwan, Padah Menanti

2021-11-11 14:19:37  CRI
Share with:

China menuntut Amerika Syarikat (AS) menghentikan sebarang hubungan rasmi dengan Taiwan untuk mengelakkan puak pemisah "Kemerdekaan Taiwan" mendapat indikator yang salah.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam satu sidang media pada Rabu berkata demikian ketika mengulas lawatan anggota Kongres AS  ke Taiwan baru-baru ini.

Jelas beliau, tindakan AS tersebut hanya akan menjejaskan hubungan China-AS serta kestabilan dan ketenteraman di Selat Taiwan.

"Taiwan merupakan sebahagian wilayah yang tidak boleh dipisahkan dari China.

"Prinsip satu China merupakan norma hubungan antarabangsa yang tidak dapat digugat, sementara penyatuan semula tanah air adalah arus sejarah yang tidak dapat dihalang," tegas Wang lagi.

Beliau turut mendesak anggota Kongres AS memahami situasi sebenar secara jelas bahawa bersubahat dengan puak pemisah adalah ibarat bermain api yang akan mengundang padah.

张哲