China Sudah Siap bagi Penguatkuasaan RCEP

2021-11-12 15:25:00  CRI
Share with:

China sudah siap bagi penguatkuasaan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) pada 1 Januari tahun 2022.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shu Yuting dalam sidang akhbar di Beijing semalam.

Menurutnya, penguatkuasaan RCEP kondusif dalam menjana pertumbuhan perdagangan dan pelaburan, menambah baik persekitaran perniagaan secara keseluruhan, selain menstabilkan rantaian bekalan dan industri di rantau ini.

"China akan terus memajukan kerja pelaksanaan selepas ia berkuatkuasa, memberi panduan kepada kerajaan tempatan demi memanfaatkan keistimewaan dan kelebihan industri setempat masing-masing, menyelaraskan diri dengan dasar RCEP, mengambil peluang demi menembusi pasaran RCEP, mencapai pembangunan berkualiti tinggi dalam bidang perdagangan dan pelaburan, selain menaiktarafkan perindustrian demi menggalakkan kerjasama dengan negara anggota," katanya.

覃淼