Kegemilangan PKC dalam Era Baharu

2021-11-12 14:59:23  CRI
Share with:

Parti Komunis China (PKC) membentuk pemikiran Xi Jinping mengenai sosialisme bercirikan China pada era baharu, sehingga berjaya melakar sejarah yang gemilang dalam segenap aspek.

Pencapaian berkenaan dapat dilihat dari pelbagai sudut pembangunan termasuk ekonomi, kebudayaan, masyarakat, ekologi, pertahanan negara dan usaha diplomatik.

Kegemilangan PKC dalam Era Baharu_fororder_扶贫 拷贝

Kegemilangan PKC dalam Era Baharu_fororder_建设 拷贝

Kegemilangan PKC dalam Era Baharu_fororder_经济 拷贝

Kegemilangan PKC dalam Era Baharu_fororder_农业 拷贝

Kegemilangan PKC dalam Era Baharu_fororder_生态 拷贝

Kegemilangan PKC dalam Era Baharu_fororder_科技 拷贝

Kegemilangan PKC dalam Era Baharu_fororder_民生 拷贝

Pencapaian Utama PKC Sepanjang Empat Fasa dalam Sejarah

Resolusi berhubung pencapaian utama dan pengalaman sejarah yang diperoleh Parti Komunis China (PKC) menerusi usaha selama 100 tahun, diluluskan sempena mesyuarat berprofil tinggi PKC pada Khamis.

Sebelum dimuktamadkan, resolusi itu dibahaskan pada sidang pleno ke-6 Jawatankuasa Pusat ke-19 PKC yang berlangsung di Beijing bermula 8 hingga 11 November.

Apakah pencapaian utama PKC melalui empat fasa penting dalam lembaran sejarah?

Fasa pertama iaitu tempoh Revolusi Demokratik Baharu (1921-1949).

Di bawah pimpinan PKC, rakyat China dengan cekalnya sanggup menggadai nyawa mengharungi saat getir.

Dengan demikian, lahirlah Republik Rakyat China melalui perjuangan rakyat yang bertumpah darah.

Sejak itulah, rakyat China mula bangkit dan berakhirnya zaman bangsa Cina dibuli dan ditindas.

Fasa kedua iaitu tempoh Revolusi dan Pembangunan Sosialis (1949-1978).

PKC memimpin rakyat bekerja keras secara berdikari demi sebuah negara yang lebih kuat, sehingga menyaksikan kejayaan besar dalam mereformasi masyarakat.

Dengan demikian tercerminlah bahawa rakyat China bukan sahaja mampu menghancurkan dunia lama, malah handal membina satu yang serba baharu.

Hanya dengan sosialisme, barulah China dapat diselamatkan sehingga dikembangkan.

Fasa ketiga iaitu tempoh Pembaharuan, Pintu Terbuka dan Pemodenan Sosialis (1978-2012).

PKC memimpin rakyat membebaskan minda dan bergerak maju ke hadapan terutama dalam usaha melaksanakan pembaharuan dan pintu terbuka serta pemodenan sosialis. Hasilnya, agregat ekonomi  China menduduki tempat kedua di dunia.

Pembaharuan dan keterbukaan antara langkah penting yang menentukan nasib China, sementara sosialisme bercirikan China adalah jalan tepat yang membawa negara ini ke arah pembangunan dan kemakmuran.

Fasa keempat iaitu Era Baharu Sosialisme Bercirikan China (2012 hingga sekarang).

Dengan adanya pimpinan PKC, rakyat China menjadi berkeyakinan kendiri dan bermandiri. Mereka pewaris legasi dan berani berinovasi, sehingga melakar pencapaian cemerlang untuk sosialisme bercirikan China pada era baharu.

Menerusi transformasi luar biasa, direalisasikannya lonjakan besar bangsa Cina daripada bangkit, berkembang makmur hinggalah menjadi semakin kuat.

Makna dan Pengalaman Perjuangan PKC 100 Tahun

Perjuangan PKC selama seratus tahun membebaskan rakyat China daripada dibuli, ditindas dan diperhamba; mewujudkan pembangunan pesat ekonomi dan kestabilan berkekalan masyarakat; memperlihatkan kedinamikan Marxisme; memperluas laluan negara-negara membangun ke arah modenisasi; mempertingkat kemampuan PKC dalam mentadbir urus negara.

Pengalaman dirumus PKC daripada perjuangannya merangkumi sepuluh aspek iaitu menjunjung pimpinan PKC, mendahului rakyat, memajukan inovasi dari segi teori, kekal berdikari dan bermandiri, menempuh jalan bercirikan China, bervisi global, melakukan perintisan secara inovatif, berani berjuang, mendukung barisan bersatu, serta komited terhadap reformasi kendiri.

张哲